Teh merupakan minuman kegemaran masyarakat di seluruh dunia dari Asia, Timur Tengah, Afrika dan seterusnya ke Eropah. Budaya meminum teh yang bermula di Asia Timur sememangnya popular untuk menikmati pelbagai perisa unik dan khasiat kesihatan teh, tetapi ianya juga penting dalam amalan hidup bermasyarakat budaya tinggi.
Bersempena sambutan Ulang Tahun BOH yang ke-95, Tudung FAZURA buat pertama kali menjalinkan kolaborasi bersama BOH yang berlangsung pada 17.07.2024 di One Utama.
Buat julung kalinya, BOH Tea Malaysia bekerjasama dengan FAZURA menampilkan koleksi istimewa, Mutia Unggul Tudung FAZURA. Koleksi unik ini menawarkan 10 rekaan individual corak berbunga dengan warna lembut dan kehalusan perincian yang menarik, untuk menterjemahkan secara visual setiap rasa unik teh BOH kepada jenama tudung Milik Semua. Setiap tudung FAZURA dipadankan dengan pelbagai rasa teh untuk menggamit pancaindera.




