

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 (16 Muharram 1446) – Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina binti Sidek telah sudi meluncurkan secara rasmi koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA dalam satu majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari ini.
Koleksi khas Tudung FAZURA Purple Label tersebut adalah hasil kerjasama erat kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan FAZURA sebagai salah satu program istimewa dalam memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-67. Koleksi Merdeka 2024 menampilkan 12 rekaan unik beraneka warna selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’. Berinspirasikan warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dengan setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat serta pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka.