Pada tahun 2022, suatu artikel berkenaan kesan gula terhadap otak kanak-kanak telah diterbitkan oleh satu surat khabar tempatan. Apa yang mengejutkan, artikel tersebut telah menunjukkan kesan negatif pengambilan gula oleh kanak-kanak terhadap otak mereka. Ramai ibu bapa sedar kesan negatif makanan dan minuman yang tinggi gula, akan tetapi tidak ramai yang tahu bahawa gula juga boleh menyebabkan otak anak kita kecut.
Kajian ini menyokong kesan gula yang boleh menganggu tumbesaran fizikal dan mental anak-anak kita secara tidak langsung.
Apa yang membimbangkan adalah ramai ibu bapa tidak sedar makanan dan minuman yang diambil anak mereka adalah tinggi gula kerana kurang arif di dalam menilai sesuatu produk sebelum ianya dibeli.
Walaubagaimanapun, dengan zaman yang serba moden dan pantas, ianya bukan suatu yang mudah bagi ibu bapa untuk menumpukan masa yang lebih di dalam mengkaji sesuatu produk untuk diambil anak mereka. Ini disukarkan pula dengan ragam anak yang suka kepada makanan dan minuman yang manis.
Sebagai jenama yang selalu menekankan kepentingan menyayangi diri sendiri dan juga keluarga termasuk anak kecil, FAZURA telah berkolaborasi dengan syarikat, Miracle in Food dengan menaja RM15,000 untuk 5,000 botol Cordial Rose TANPA GULA yang dikeluarkan Miracle in Food. Tajaan ini adalah terhad dan hanya boleh didapati di website www.fazura.com dan FAZURA App di mana Cordial Rose 300ml tersebut dapat dibeli dengan harga RM6.90 berbanding harga asal RM9.90 sebotol.
Jadi, tunggu apa lagi? Beli Cordial Rose tersebut khas untuk anak anda yang suka minuman manis di www.fazura.com dan FAZURA App dan kita sebagai ibu bapa tidak perlu risau lagi tentang kandungan gula yang tinggi kerana cordial ini tiada gula. Anak minum manis pun boleh sihat! Sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat membantu anda mengorak satu langkah mengurangkan pengambilan gula anak anak anda agar mereka dapat membesar dengan lebih sihat.





