

Pada karnival ini, jenama FAZURA buat julung kalinya telah berkolaborasi bersama Institut Kanser Negara (IKN) di dalam program Karnival Pink Oktober 2024 pada 5 Oktober 2024 di IKN, Putrajaya.
Karnival Pink October ini bertujuan menghargai usaha dan kerjasama baik semua lapisan masyarakat sama ada daripada kerajaan, NGO, syarikat farmaseutikal, sektor perniagaan dan ahli korporat, dalam solidariti untuk memerangi penyakit kanser dan membentuk Human Pink Ribbon terbesar (untuk mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Record ). Ceramah kesedaran kanser, saringan paru2 percuma , demonstrasi masakan sihat dan pemeriksaan kesihatan juga diadakan secara percuma.

Fazura telah dijemput dalam karnival Pink Oktober ini sebagai IKON dan menyertai dalam formasi Human Pink Ribbon dan sambutan Karnival Pink Oktober yang akan dirasmikan oleh Timb Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.
Tudung FAZURA bertemakan “Legasi Berani” dengan rekaan yang elegan dan moden serta menonjolkan semangat keberanian dan kepercayaan diri. Gabungan kedua-dua ini dapat memberi inspirasi kepada wanita untuk tampil bergaya sambil menunjukkan jati diri.💖✨
